Saturday, 29 November 2014

ROMBONGAN SMK PANDAN INDAH KE HO CHI MINH CITY

Baru ada ruang untuk masukkan artikel ini...rombongan cikgu-cikgu SMK Pandan Indah bersama dengan Pengetua telah mengadakan lawatan ilmiah ke Ho Chi Minh City pada cuti pertengahan penggal kedua yang lalu ( sekitar bulan Jun ..tarikh dah lupa hihihi). Kami pergi melalui agen Kembara Sufi...Memang first class punya service. Antara tempat menarik dan mesti dilawati sepanjang berada di sana ialah Cu Chi Tunnel, Sungai Mekong ( dihidang dengan buah-buahan tempatan ), Pasar Ben Thanh ( ala-ala pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan ). Bagi yang pergi sendiri, boleh booking melalui online Blessing One Hotel...tak sampai 5 minit jalan kaki ke pasar Ben Thanh. Mudah untuk mencari makanan sebab banyak terdapat kedai makanan halal di sini.. turun je tangga hotel, dah banyak tempat shopping...memang strategik hotel ini. Satu lagi bila melancong ke Vietnam, jangan lupa rasa kopi vietnam...memang kawkaw punya kopi.
Bergambar sebelum masuk ke Cu Chi Tunnel

Di Madrasah An-Nur sempena Lawatan Ilmiah

Atas Cruise

Antara hidangan di HCM

Menunggu giliran menaiki sampan

Menaiki sampan untuk ke feri

Laluan masuk ke `tunnel'

Shopping di Ben Thanh

CUTI-CUTI WINTER SONATA 14-18 DISEMBER 2014

Hasrat untuk ke Korea bulan Disember ini sebenarnya sentiasa bermain di mulutku...tapi bila diluahkan kepada suami....pelbagai alasan diberi...kerja banyak cuti mungkin boss tak lulus dan lain-lain lagi...namun tetap juga bila ada kesempatan aku bertanya juga di hadapan anak2...macam mana jadi ke kita Korea..tak lebih sebagai gurauan semata...Tambahan pula Hifni hanya tamat final examnya 11 Disember....jadi aku pun taklah serius sangat nak bercuti ke oversea tahun ni. Cuma aku pesan kat suami kalau boleh, ambillah cuti dari 15-19 Disember untuk cuti-cuti Malaysia.Aku sendiripun dah minta untuk bertugas di sekolah sebelum tarikh tersebut.

Entah macam mana, seminggu sebelum cuti, secara tak sengaja semasa makan, aku bergurau lagi dengan suami tentang percutian ke Korea. Dan tanpa kuduga dia suruh aku uruskan. Wah! Tanpa berlengah malam tu juga `surf'' dalam internet pakej Winter Sonata ini. Tiga agen yang jadi pilihan adalah Express Holiday ( sebab ada membership card ), Perangsang Vacation ( jiran ) dan Kembara Sufi ( pernah mengikuti rombongan sekolah ke Vietnam bersamanya ). Awalnya jawapan yang diterima melalui email atau perbualan telefon semuanya negatif atau tiket mahal..tuptup pada 25 November Kembara Sufi menawarkan pakej ke Korea dari 14-18 Disember dengan harga pakej RM3599/person + RM75.00 Tips. Sekiranya setuju pihak Kembara Sufi meminta kami menjelaskan keseluruhan bayaran sebelum 27 November 2014. Suami tanpa banyak soal telah menyatakan persetujuan. Hasrat yang hampir gugur kini berbunga kembali.

26 November 2014 dengan bantuan `WAZE' dan ditemani  anak-anakku Iqbal ( baru tamat SPM semalam ) dan Faiz, kami terus menuju ke pejabat Kembara Sufi(KS) di Shah Alam untuk menjelaskan bayaran. Alhamdulillah jam 3.30 petang, selesai urusan dengan pihak KS. Malam tu, terus surf internet untuk cari kedai yang jual winter jacket dengan harga yang lebih murah berbanding UNIQLO. Keluarlah dalam satu blog kedai KK Jeans di Metro Kajang. Aku surf lagi maka dapatlah lokasi KK Jeans ini di tingkat 1 bersebelahan dengan LEVI'S.

28 November 2014 selepas solat Jumaat, kami terus menuju ke Metro Kajang. Parking kereta di aras 3 sebab takut kalau hujan lebat, parkir di basement banjir. Rupanya KK Jeans di berhampiran dengan Parkson. Di KK Jeans, kami dilayan oleh Saiful dan King yang mesra pelanggan. Harga Winter Jacket di sini agak berpatutan dari RM149.90 - RM200 +++, bergantung kepada citarasa masing-masing. Iqbal dan Faiz mula sibuk mencuba yang berkenan. 2 helai Winter Jacket,2 Muffla, 2 pasang sarung tangan, 2 topi,2 jeans untuk Faiz, 2 helai baju long john, 3 helai seluar long john semua tu dibeli dengan harga RM750.00 ( after discount hampir RM100 ). Esoknya suami dengan anak pula shopping di sana...keluar lagi dari poket RM1400.00. Kesimpulannya untuk berrcuti pada musim sejuk kos membeli pakaiannya memang tinggi kecuali kita beli di kedai Bundle.            

Labels: ,

Saturday, 8 February 2014

Penceramah Kursus Pengurusan Kokurikulum 2014

Tahun ini (8 Februari 2014 ) merupakan tahun kedua aku dijemput sebagai penceramah untuk Kursus Kepimpinan Kokurikulum. Pesertanya terdiri dari anak-anak muridku sendiri seramai 150 orang...tapi debaran yang aku rasakan seolah-olah aku akan berhadapan dengan peserta-peserta hebat...huhuhu..



Tahun pertama aku jadi penceramah untuk kursus ini ialah pada tahun 2011 di mana tajuknya lebih mencabar ` Perancangan Strategik'...Bagi ku tajuk ni mudah tetapi untuk menyampaikan kepada peserta kursus sebenarnya agak susah....

Tahun pertama debarannya berganda-ganda lebih tinggi dari tahun kedua menjadi penceramah..sejuk kaki tangan, degupan jantung yang kencang dan berpeluh-peluh akibat dari tindak balas hormon adrenalin hanya ALLAH yang tahu..tahun kedua aku lebih tenang dan boleh mengawal darah gemuruhku..Alhamdulillah Allah telah memakbulkan permintaan hambaNya yang lemah ini agar diberi kekuatan, keyakinan dan keberanian untuk berucap di khalayak ramai...bukan untuk mendabik dada menunjukkan kehebatan tapi sekadar berkongsi maklumat dengan orang-orang di sekelilingku...   

Sunday, 2 February 2014

Percutian Keluarga

                                                                  Jakarta- Bandung...

                                                                     Singapore....

Labels:

UMRAH 2013

Akhirnya pada 24hb Mac 2013, hasrat aku dan keluarga untuk mengerjakan umrah diperkenankan oleh Allah swt. Di sini aku coretkan secara ringkas pengalaman kami sebelum , semasa dan selepas mengerjakan umrah dengan harapan akan membuka hati mereka yang menjejakkan kaki ke sana.

27 Disember 2012 - Telefon Rayhar untuk `check' kekosongan tarikh umrah cuti sekolah. tapi `fully-booked'. Second choice cuba call Gemilang Travel ( pernah dengar Kak Aya cerita pasal Gemilang). Alhamdulillah rezeki dengan Gemilang dapat tarikh yang dikehendaki. Pada masa ini, RM belum cukup hanya ada RM10 000.00. Hanya menunggu bonus suami sahaja. Dalam  hati setiap masa, hanya doa kepada Allah yang mampu dipanjatkan agar bonus suami tahun ini cukup untuk menampung kos tiket sebanyak RM30 000.00.

30 Disember 2012 - `Bank in' RM2500.00 ke akaun Gemilang Travel and Tours (GETT) setelah aku dan suami nekad tawakkal kepada rezeki Allah..harapan kami supaya niat suci kami ini dilihat dan dipermudahkan melalui limpahan rezeki yang cukup menampung keperluan kami terutama kos tiket. Kos perbelanjaan langsung tidak terfikir oleh kami buat masa ini.

31 Disember 2012 - Email slip bayaran RM2500.00 kepada GETT.

1 Februari 2013 - Mengambil peluang cuti Hari Wilayah, selepas jam 10.00 pagi mohon kebenaran keluar dari Pengetua ( Pn. Kholimaton) untuk keluar atas urusan memperbaharui paspot di Imigresen Jalan Reko.

Secara keseluruhannya, dari awal urusan umrah sehinggalah selesai mengerjakan ibadah umrah, Alhamdulillah dipermudahkan oleh Allah swt...tiada satupun yang kami rasa susah sebelum, semasa dan selepas menunaikan umrah...syukur kehadrat Allah kerana telah menjemput kami sebagai tetamuNya..malah bukan sekadar tetamu biasa, tetapi kami dapat merasakan seolah-olah kami telah dijemput sebagai tetamu VVIPNya..Subhanallah...




  

Labels:

Grand Lexis Port Dickson

Bersempena dengan cuti Tahun Baru Cina dan kebetulan pula putera sulungku (Hifni ) balik bercuti, maka percutian keluarga diatur...kali ini tidak jauh cuma 45 minit perjalanan dari kediaman kami di BTHO..Grand Lexis menjadi tempat percutian kami sekeluarga untuk kali ini.

Tempahan secara on line untuk `Executive Pool Villa' ( RM800++) untuk satu malam dbuat . 12.00 tengahari (30 Januari 2014),  kami   bertolak dari BTHO dan sekitar pukul 1.00 petang kami selamat sampai di Port Dickson. Hasrat untuk terus check-in ditangguhkan kerana melayan kehendak putera keduaku (Iqbal ) agar kami makan tengahari  terlebih dulu. Asam pedas menjadi menu tengahari kami.

Tepat pukul 2.00 petang, kami check-in di Grand Lexis. Kami dibawa ke  villa dengan menggunakan `buggy'.  Dalam pukul 5.30 petang, kami ke Fort Supai yang terletak di Kuala Linggi untuk makan malam. Dari Grand Lexis ke Fort Supai, hanya mengambil masa selama 40 minit sahaja. Selepas solat Maghrib, kami bertolak balik ke villa.

Esoknya ( 31 Januari  2014 ) sekitar jam 12.30 tengahari, kami `check-out'. Kami terus menjemput mak dari rumah Abang Arip sebelum balik ke rumah.





     

Labels: ,

Tuesday, 5 November 2013

Percutian Krabi - Hatyai - Songkhla (1-3 November 2013 )

Percutian yang dirancang di saat-saat akhir ini betul-betul tidak menghampakan kami..Semoga catatan perjalanan yang ringkas ini dapat dijadikan sedikit panduan kepada mereka di luar sana...Dengan menaiki kenderaan sendiri dari KL ke Bukit Kayu Hitam, kami singgah bermalam di Rumah Penginapan KMK (RM50 satu malam )..Esoknya tepat jam 9.00 pagi, Pak Ngah bersama dengan Tourist Guide datang menjemput kami di tempat parkir `Free Duty Zone'.Bayaran untuk perkhidmatan van VIP selama 3H2M adalah sebanyak RM1500.00. Kami disediakan `Driver' dan 'Tourist Guide'    
Hari 1 ....




   

       Di Imigresen Thailand, RM2.00 diselitkan ke dalam pasport (semasa  masuk dan keluar Thailand)
Setelah 3 jam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam, kami singgah di Trang untuk makanan tengah hari ..
                                                          (RM3.80 ~ murah sangat )

                                                            Tandas yang bersih

Selesai makan tengah hari, perjalanan diteruskan lagi. Dari Trang ke Krabi, ia mengambil masa lebih kurang 3 jam. Di Krabi ,  kami dibawa melawat ke pusat penternakan ikan
 

Kami memilih untuk menginap di Napphorat Resort  berhampiran Pantai Ao Nang. Resort ini menyediakan kemudahan tempat solat dan bercirikan Islam ( semua staf bertudung )  

                                ( RM140.00 seunit - 1 katil queen size, extra bed - RM40.00)
Makan malam ..menu : Nasi putih, Udang kari, Sotong paprik, ayam paprik, ketam black pepper, teh `o' ais, tomyam seafood , ikan kerapu steam ( semua order untuk 2 set  = RM550.00 ) . Kalau di Malaysia , rasanya lebih dari tu sebab kuantiti kami ambil agak banyak...tapi berbaloi..sedap sangat.
                                                  Jalan-jalan di Pasar Malam Pekan Krabi

Hari 2...
                                                            Sarapan di kafetaria Resort
                                                     
                                                    Island Hopping ( RM250.00 pakej 4 pulau )
Bermain di pesisir pantai Ao Nang ( pemandangan biasa sama seperti di Malaysia) sementara menunggu bot
                                                          Makan tengah hari di tepi pantai...(RM158.00)



Jam 3 petang, bertolak ke Hatyai..
Sampai di Hatyai sekitar 8 malam, kami terus di bawa ke restoran milik warga Pattani untuk dinner..Ikan kerapu goreng asam jawa ( memang sedap )..Somtam menu wajib diorder sepanjang percutian ini..( RM380.00)
 
 Check in di Kosit Hotel..( yang bestnya ada ditunjukkan arah kiblat dalam bilik hotel - RM108.00)




Hari 3 ......
Sarapan nasi kerabu Siam, nasi lemak, nasi campur, roti canai dan minuman ( RM90.00 agak mahal tapi sedap)..
                                                          Melawat Pantai Songkhla
                                  Singgah  makan tengahari dalam perjalanan ke Floating Market.. 
 

 
 
                                                              Floating Market..
Sepanjang perjalanan selama 3H2M ini, tiada masalah untuk mendapatkan makanan halal..selain dari penjual yang bertudung serta restoran yang mempunyai simbol halal, makanan dan minuman yang dijual di 7-eleven juga mempunyai simbol halal seperti di negara kita..

Tepat jam 10.00 malam, kami bertolak dari Bukit Kayu Hitam ke Kuala Lumpur.. 

 













































































Labels: