Saturday, 29 November 2014

CUTI-CUTI WINTER SONATA 14-18 DISEMBER 2014

Hasrat untuk ke Korea bulan Disember ini sebenarnya sentiasa bermain di mulutku...tapi bila diluahkan kepada suami....pelbagai alasan diberi...kerja banyak cuti mungkin boss tak lulus dan lain-lain lagi...namun tetap juga bila ada kesempatan aku bertanya juga di hadapan anak2...macam mana jadi ke kita Korea..tak lebih sebagai gurauan semata...Tambahan pula Hifni hanya tamat final examnya 11 Disember....jadi aku pun taklah serius sangat nak bercuti ke oversea tahun ni. Cuma aku pesan kat suami kalau boleh, ambillah cuti dari 15-19 Disember untuk cuti-cuti Malaysia.Aku sendiripun dah minta untuk bertugas di sekolah sebelum tarikh tersebut.

Entah macam mana, seminggu sebelum cuti, secara tak sengaja semasa makan, aku bergurau lagi dengan suami tentang percutian ke Korea. Dan tanpa kuduga dia suruh aku uruskan. Wah! Tanpa berlengah malam tu juga `surf'' dalam internet pakej Winter Sonata ini. Tiga agen yang jadi pilihan adalah Express Holiday ( sebab ada membership card ), Perangsang Vacation ( jiran ) dan Kembara Sufi ( pernah mengikuti rombongan sekolah ke Vietnam bersamanya ). Awalnya jawapan yang diterima melalui email atau perbualan telefon semuanya negatif atau tiket mahal..tuptup pada 25 November Kembara Sufi menawarkan pakej ke Korea dari 14-18 Disember dengan harga pakej RM3599/person + RM75.00 Tips. Sekiranya setuju pihak Kembara Sufi meminta kami menjelaskan keseluruhan bayaran sebelum 27 November 2014. Suami tanpa banyak soal telah menyatakan persetujuan. Hasrat yang hampir gugur kini berbunga kembali.

26 November 2014 dengan bantuan `WAZE' dan ditemani  anak-anakku Iqbal ( baru tamat SPM semalam ) dan Faiz, kami terus menuju ke pejabat Kembara Sufi(KS) di Shah Alam untuk menjelaskan bayaran. Alhamdulillah jam 3.30 petang, selesai urusan dengan pihak KS. Malam tu, terus surf internet untuk cari kedai yang jual winter jacket dengan harga yang lebih murah berbanding UNIQLO. Keluarlah dalam satu blog kedai KK Jeans di Metro Kajang. Aku surf lagi maka dapatlah lokasi KK Jeans ini di tingkat 1 bersebelahan dengan LEVI'S.

28 November 2014 selepas solat Jumaat, kami terus menuju ke Metro Kajang. Parking kereta di aras 3 sebab takut kalau hujan lebat, parkir di basement banjir. Rupanya KK Jeans di berhampiran dengan Parkson. Di KK Jeans, kami dilayan oleh Saiful dan King yang mesra pelanggan. Harga Winter Jacket di sini agak berpatutan dari RM149.90 - RM200 +++, bergantung kepada citarasa masing-masing. Iqbal dan Faiz mula sibuk mencuba yang berkenan. 2 helai Winter Jacket,2 Muffla, 2 pasang sarung tangan, 2 topi,2 jeans untuk Faiz, 2 helai baju long john, 3 helai seluar long john semua tu dibeli dengan harga RM750.00 ( after discount hampir RM100 ). Esoknya suami dengan anak pula shopping di sana...keluar lagi dari poket RM1400.00. Kesimpulannya untuk berrcuti pada musim sejuk kos membeli pakaiannya memang tinggi kecuali kita beli di kedai Bundle.            

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home