Ibu Mertuaku
4 Oktober 2012
Balik dari sekolah, tengok mak tengah kemas beg bajunya.
Menantu : Mak nak pergi mana?
Mak : Mak nak balik kampunglah Wan.
Menantu : Betul ke mak nak balik? Mak berani ke dok kampung sorang-sorang?Kalau berani, saya hantar
sekarang.( sambil berjalan ke ruang tamu )
Mak : Mak `kok' dah lama duduk sini (ikut dari belakang ).
Menantu : Mak duduk jelah kat sini , tak payah pergi mana-mana lagi. Kalau dok kampung, nanti mak
susahkan jiran-jiran, mesti nak kena minta tolong jiran belikan lauk, tengok-tengokkan mak, anak-
anak kat sini bersenang -lenang. Mak nak ke macam tu. Nanti apa kata jiran-jiran.
Mak : Wan tak susah hati ke saya kat sini lama-lama?
Menantu : Kenapa pulak saya nak susah hati? Saya bukannya buat apa-apa pun untuk Mak. Baju mak,
Mak Cik yang basuh, makan minum Mak, mak Cik yang sediakan. Saya tak susah apa-apa. Mak
duduklah sini sampai bila-bila, sampai mak mati mak duduk sini.
*Ayat-ayat di atas memang bunyi kasar dan semasa meluahkannya pun, memang nada suara agak keras. Tapi niat di hati hanyalah untuk menghilangkan rasa tak betah dan rasa buruk sangkanya sahaja. Ini bukan kali pertama, malah suami juga sering mengucapkan kata-kata tersebut terhadap ibunya. Mak suka bersangka buruk dengan menantunya. Dia tak boleh terima bila menantunya asyik diam sahaja..tapi itulah aku,seorang menantu yang tak pandai nak bersembang atau bercerita kerana aku ni sememangnya pendiam tak suka cakap..
12 Oktober 2012
Balik dari Bilik Kebal, belikan cendol.
Menantu : Mak, ada cendol atas meja. Nanti makanlah.
Mak : Cendol ? (terus keluar dari bilik dan ambil cendol tu)
*kalau dulu ayatku lain..`Mak, ni ada cendol, mak nak makan tak? `Nantilah,Mak kenyang lagi' . Sekarang ni aku dah tukar ayat macam kat atas, tak de pula dia jawab kenyang lagi..hihihi
15 Oktober 2012
Balik dari BK pukul 10.00 pagi, bila pergi ke dapur terkejut tengok mak ada kat tepi peti ais.
Menantu : Mak cari apa?
Mak : Taklah, mak baru lepas makan tadi.
*dalam hati, sah dia menyorok kat aku ni...hihihi. Selang beberapa minit, masa aku tengah buat roti telur kat dapur, dia masuk bilik dan tutup pintu..:))
5 Julai 2013
Mak tersilap buka suis lampu, dia nak buka lampu bilik tapi terpetik
suis dapur tengah. Sesampainya kami di rumah :
Nenek : lampu ni tak ditutup ( sambil tunjuk ke arah lampu dining)
Iqbal : ohh tak pe Nek...Nenek bukalah lampu bilik nenek biar cerah
Nenek : kat mana ya nak buka?
Iqbal : Sini Nek ( sambil tunjuk suis lampu bilik)
Nenek : Ooooh//( dalam hati aku, mesti mak lupa yang mana satu suis lampu bilik dia..mungkinkah aku juga akan melalui detik2 sebegini di hari tuaku nanti...)
1 Februari 2014
Sejak ambil mak dari rumah Ajin pertengahan bulan Disember lepas, aku perasan yang ingatan mak telah semakin merosot dari ke hari. Begitu juga dengan percakapan dia, kadang-kadang kami sendiripun tak tahu hujung pangkalnya. Tapi tak mengapa..kami akan jaga mak sampai ke hujung nyawanya..InsyaAllah.
Labels: Mertua





0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home