Budi
19 Jun 2013
Setelah sekian lama tidak menjenguk blog kerana kesibukan tugas , hari ini dengan sedikit masa yang ada aku ingin berkongsi satu peristiwa ringkas.
7.00 malam..suami telefon bagitahu Kak Ros nak minta tolong bayarkan bil HUKM sejumlah RM1200.00. Suami seolah keberatan tetapi aku cakap pada suami `Bagilah Bah, nanti mama keluarkan duit guna kad abah. Abah bagitahu je Kak Ros suruh Esah datang ambil dari mama'. Suami bersetuju dan akupun keluar untuk ambil duit. Sampai di rumah, Esah dah sampai. Tak lama lepas tu suamiku pun sampai. Setelah duduk beberapa ketika, aku menyerahkan duit tersebut kepada suamiku di hadapan Esah dengan harapan Esah tahu duit tu dari aku ( walau hakikatnya itu duit suamiku...hihihi)..Yang sedihnya, walaupun dia nampak duit tu aku yang serahkan kepada suamiku, ucapan terima kasih hanya untuk pamannya sahaja bukan untukku . Malamnya suamiku terima sms dari kak ros pun mengucapkan terima kasih kepada dia sahaja, langsung tak sebut namaku..Itulah realiti sikap kaum kerabat suamiku..Yang baik semua dari suamiku walaupun hakikatnya aku yang suruh suamiku berbuat baik.... Wallahu`alam.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home