Sunday, 2 February 2014

Grand Lexis Port Dickson

Bersempena dengan cuti Tahun Baru Cina dan kebetulan pula putera sulungku (Hifni ) balik bercuti, maka percutian keluarga diatur...kali ini tidak jauh cuma 45 minit perjalanan dari kediaman kami di BTHO..Grand Lexis menjadi tempat percutian kami sekeluarga untuk kali ini.

Tempahan secara on line untuk `Executive Pool Villa' ( RM800++) untuk satu malam dbuat . 12.00 tengahari (30 Januari 2014),  kami   bertolak dari BTHO dan sekitar pukul 1.00 petang kami selamat sampai di Port Dickson. Hasrat untuk terus check-in ditangguhkan kerana melayan kehendak putera keduaku (Iqbal ) agar kami makan tengahari  terlebih dulu. Asam pedas menjadi menu tengahari kami.

Tepat pukul 2.00 petang, kami check-in di Grand Lexis. Kami dibawa ke  villa dengan menggunakan `buggy'.  Dalam pukul 5.30 petang, kami ke Fort Supai yang terletak di Kuala Linggi untuk makan malam. Dari Grand Lexis ke Fort Supai, hanya mengambil masa selama 40 minit sahaja. Selepas solat Maghrib, kami bertolak balik ke villa.

Esoknya ( 31 Januari  2014 ) sekitar jam 12.30 tengahari, kami `check-out'. Kami terus menjemput mak dari rumah Abang Arip sebelum balik ke rumah.





     

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home