Sunday, 2 February 2014

UMRAH 2013

Akhirnya pada 24hb Mac 2013, hasrat aku dan keluarga untuk mengerjakan umrah diperkenankan oleh Allah swt. Di sini aku coretkan secara ringkas pengalaman kami sebelum , semasa dan selepas mengerjakan umrah dengan harapan akan membuka hati mereka yang menjejakkan kaki ke sana.

27 Disember 2012 - Telefon Rayhar untuk `check' kekosongan tarikh umrah cuti sekolah. tapi `fully-booked'. Second choice cuba call Gemilang Travel ( pernah dengar Kak Aya cerita pasal Gemilang). Alhamdulillah rezeki dengan Gemilang dapat tarikh yang dikehendaki. Pada masa ini, RM belum cukup hanya ada RM10 000.00. Hanya menunggu bonus suami sahaja. Dalam  hati setiap masa, hanya doa kepada Allah yang mampu dipanjatkan agar bonus suami tahun ini cukup untuk menampung kos tiket sebanyak RM30 000.00.

30 Disember 2012 - `Bank in' RM2500.00 ke akaun Gemilang Travel and Tours (GETT) setelah aku dan suami nekad tawakkal kepada rezeki Allah..harapan kami supaya niat suci kami ini dilihat dan dipermudahkan melalui limpahan rezeki yang cukup menampung keperluan kami terutama kos tiket. Kos perbelanjaan langsung tidak terfikir oleh kami buat masa ini.

31 Disember 2012 - Email slip bayaran RM2500.00 kepada GETT.

1 Februari 2013 - Mengambil peluang cuti Hari Wilayah, selepas jam 10.00 pagi mohon kebenaran keluar dari Pengetua ( Pn. Kholimaton) untuk keluar atas urusan memperbaharui paspot di Imigresen Jalan Reko.

Secara keseluruhannya, dari awal urusan umrah sehinggalah selesai mengerjakan ibadah umrah, Alhamdulillah dipermudahkan oleh Allah swt...tiada satupun yang kami rasa susah sebelum, semasa dan selepas menunaikan umrah...syukur kehadrat Allah kerana telah menjemput kami sebagai tetamuNya..malah bukan sekadar tetamu biasa, tetapi kami dapat merasakan seolah-olah kami telah dijemput sebagai tetamu VVIPNya..Subhanallah...




  

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home