Saturday, 8 February 2014

Penceramah Kursus Pengurusan Kokurikulum 2014

Tahun ini (8 Februari 2014 ) merupakan tahun kedua aku dijemput sebagai penceramah untuk Kursus Kepimpinan Kokurikulum. Pesertanya terdiri dari anak-anak muridku sendiri seramai 150 orang...tapi debaran yang aku rasakan seolah-olah aku akan berhadapan dengan peserta-peserta hebat...huhuhu..



Tahun pertama aku jadi penceramah untuk kursus ini ialah pada tahun 2011 di mana tajuknya lebih mencabar ` Perancangan Strategik'...Bagi ku tajuk ni mudah tetapi untuk menyampaikan kepada peserta kursus sebenarnya agak susah....

Tahun pertama debarannya berganda-ganda lebih tinggi dari tahun kedua menjadi penceramah..sejuk kaki tangan, degupan jantung yang kencang dan berpeluh-peluh akibat dari tindak balas hormon adrenalin hanya ALLAH yang tahu..tahun kedua aku lebih tenang dan boleh mengawal darah gemuruhku..Alhamdulillah Allah telah memakbulkan permintaan hambaNya yang lemah ini agar diberi kekuatan, keyakinan dan keberanian untuk berucap di khalayak ramai...bukan untuk mendabik dada menunjukkan kehebatan tapi sekadar berkongsi maklumat dengan orang-orang di sekelilingku...   

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home