Saturday, 29 November 2014

ROMBONGAN SMK PANDAN INDAH KE HO CHI MINH CITY

Baru ada ruang untuk masukkan artikel ini...rombongan cikgu-cikgu SMK Pandan Indah bersama dengan Pengetua telah mengadakan lawatan ilmiah ke Ho Chi Minh City pada cuti pertengahan penggal kedua yang lalu ( sekitar bulan Jun ..tarikh dah lupa hihihi). Kami pergi melalui agen Kembara Sufi...Memang first class punya service. Antara tempat menarik dan mesti dilawati sepanjang berada di sana ialah Cu Chi Tunnel, Sungai Mekong ( dihidang dengan buah-buahan tempatan ), Pasar Ben Thanh ( ala-ala pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan ). Bagi yang pergi sendiri, boleh booking melalui online Blessing One Hotel...tak sampai 5 minit jalan kaki ke pasar Ben Thanh. Mudah untuk mencari makanan sebab banyak terdapat kedai makanan halal di sini.. turun je tangga hotel, dah banyak tempat shopping...memang strategik hotel ini. Satu lagi bila melancong ke Vietnam, jangan lupa rasa kopi vietnam...memang kawkaw punya kopi.
Bergambar sebelum masuk ke Cu Chi Tunnel

Di Madrasah An-Nur sempena Lawatan Ilmiah

Atas Cruise

Antara hidangan di HCM

Menunggu giliran menaiki sampan

Menaiki sampan untuk ke feri

Laluan masuk ke `tunnel'

Shopping di Ben Thanh

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home