Monday, 8 October 2012

Debaran Kian Terasa

Tahun ini dua orang puteraku, Ahmad Hifni dan Ahmad Iqbal  bakal menduduki SPM dan PMR..Ya Allah , aku telah melihat usaha keduanya demi mencapai sebuah kejayaan..sebagai ibu, aku hanya mampu menadah tangan memohon belas ihsanMu untuk memakbulkan harapan dan impian kami..Usaha, Doa dan Tawakkal , itulah yang aku cuba terapkan ke dalam diri kedua-dua anakku ini..`Ya Allah, Engkau permudahkanlan urusan peperiksaan Hifni dan Iqbal dalam SPM dan PMR yang akan berlangsung tidak lama lagi, Engkau permudahkanlah soalan bagi mereka, Engkau lapangkanlah dada mereka, Engkau terangkanlah fikiran mereka, Engkau tenangkanlah hati mereka, Engkau kuatkanlah daya ingatan mereka sepanjang peperiksaan berlangsung'... Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Ya Karim Ya Wahab Ya Fatah Ya 'Alim...

Pengalaman Sebagai PK

Assalamu'alaikum wbt...dah lama tak menjengah ke blog ini...kesuntukan masa dijadikan alasan. Sekali lagi tahun ini nama tercalon secara paksa rela sebagai salah seorang petugas PMR Negeri Selangor. Jutaan terima kasih buat mantan pengetua, Mataku ( nama timangan dalam Facebook) kerana telah mencalonkan buat pertama kali diri ini sebagai salah seorang petugas PMR tahun 2011. Dek kerana inginkan pengalaman, jawatan tersebut diterima dengan hati yang terbuka.

Tanpa disangka, untuk tahun 2012, namaku  dilantik terus oleh pihak PPD..ketika menerima surat pelantikan sekitar bulan Julai, hati berbelah bagi antara terima atau tolak..PK HEM secara sukarela sudi menjadi pengganti sekiranya aku menolak. Entah apa perasaan ketika itu, aku pula yang sayang untuk menolak perlantikan tersebut, hati berbisik menyatakan, `tahun pertama timba pengalaman, tahun kedua perbaiki kelemahan lalu, tahun ketiga pula mantapkan ilmu yang diperolehi'. Dengan bisikan hati itu, aku merelakan   perlantikan tersebut.

Secara jujurnya, aku suka dan enjoy dengan tugas yang diamanahkan ini walaupun ia penuh dengan perasaan suspen...kertas soalan tidak cukup, kertas soalan tersalah bagi, kertas soalan tersalah kira dan pelbagai lagi andaian bermain di minda. Hari pertama PMR ditunggu dengan penuh debaran..

28-29 Ogos 2012 
Taklimat di PD, konvoi bersama dengan Kak Nor dan Pn Aya. Tinggal sebilik dengan Pn Mahmidah dari Kuala Selangor.

19-21 September 2012
Bermula operasi di BK.

24-26 September 2012
Taklimat di Bagan Lalang. Pertama kali ditugaskan menjadi Pengacara Majlis. Doa yang dipanjatkan `Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim..Engkau hilangkanlah, Engkau lenyapkanlah, Engkau hapuskanlah, Engkau singkirkanlah sifat darah gemuruh yang ada dalam diri ini..aku irihati melihat rakan-rakanku yang jauh lebih muda dariku dapat bercakap di hadapan khalayak ramai tanpa rasa gentar, melihat artis-artis perempuan melontarkan suara di hadapan ribuan peminat dengan penuh yakin, walhal apa yang mereka lakukan itu jelas melanggar syariatMu...sedangkan aku, hambaMu yang sangat lemah ini yang cuba untuk patuh kepada suruhanMu dan meninggalkan laranganMu, rasa gementar sekali untuk memberi pendapat di khalayak ramai walaupun apa yang bakal aku sampaikan itu adalah untuk kebaikan orang-orang di sekelilingku..Ya Allah pada siapa lagi aku boleh meminta selain dariMU, bantulah hambaMu ini Duhai Allah...'Alhamdulillah, aku dapat mengacarakan majlis dengan lancar walaupun ada sedikit getaran dalam suaraku..agaknyalah...
Insiden lompat pagar pada pukul 12.15 malam bersama dengan 4 lagi rakan lain semasa balik dari makan ikan bakar, ikut jalan belakang, tak tahu pula pagar hotel dikunci pukul 12.00 tengah malam...apa lagi terpaksalah kami panjat pagar...

5 Oktober 2012
Yati call suruh datang segera ke BK..bila semak takwim perjalanan, tak adalah pulak dinyatakan hari ni kena datang ke BK..tapi kalau ikut tahun lepas, memang kami sepatutnya ke BK untuk susun bahan pukal. Banyak bahan tidak cukup.

8 Oktober 2012
Ke BK untuk edar bahan pukal kepada KP sebelum mereka bergerak ke pusat. Berlaku sedikit ketidakakuran semasa OBK. Alhamdulillah hanya ketidakakuran yang  minor. Kertas soalan CBK (R) tiada untuk kertas PI..sepanjang perjalanan balik ke rumah, agak menyesal kerana tidak semak betul-betul satu persatu tadi sebelum balik. Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusanku pada hari esok dan hari-hari berikutnya..    

9 Oktober 2012          
Sampai rumah tengahari semalam, tengok-tengok dapat `cuti' dari Allah SWT. Jadi pagi tadi, pukul 5.00am baru bangun, malam tadi memang tak dapat lelapkan mata awal kerana asyik memikirkan kertas soalan CBK. Sepanjang perjalanan ke BK, mulut tidak berhenti berzikir dan beristighfar dengan harapan supaya kalau betul ada soalan CBK PI, maka adalah dia bersama dengan soalan-soalan lain, kalau tiada, maka aku betul-betul berharap agar PI tiada soalan bersaiz besar. Sampai di BK jam 6.00am, dah ada KP yang menunggu. K Rohimah buka BK sekitar 6.15am, terus aku terpa ke kotak CBK, mencari sesuatu yang aku sangat berharap untuk menemuinya..dan Alhamdulillah kertas soalan CBK ada cuma tidak disusun mengikut turutan hari peperiksaan.Pengalaman dan ilmu baru yang aku dapat sebagai PK untuk tahun ini. Edaran kertas soalan lancar. Selepas sarapan melawat ke pusat-pusat peperiksaan didahului dengan BTHO, pusat anak sendiri. Kemudian ke CJ pula. Balik rumah, rehat sekejap, sekitar 1.50pm, sekali lagi ke BTHO untuk pantau pengurusan pusat BD122 oleh TKP (KP balik Kelantan kerana ada kecemasan). Alhamdulillah semua dalam kawalan. Kemudian terus ke balik ke BK untuk terima skrip jawapan. Sekitar 6.00 pm, baru selesai semuanya dan balik ke rumah. Sampai rumah dalam pukul 7.00 malam.

10 Oktober 2012
Seperti semalam, 5.30 am keluar dari rumah..alunan zikir di IKIM menjadi peneman sepanjang perjalanan ke BKTT. Entah kenapa, hari ni boleh terlepas jalan masuk ke TT sehingga ke jalan menuju ke Langat, buat u turn dan sekali lagi terlepas pula simpang ke kanan kerana tak nampak traffic light ( semua traffic light tidak berfungsi , mungkin kesan dari petir petang semalam), u turn sekali lagi di traffic light Puteri Park. Kali ini lebih berhati-hati supaya tidak terlajak lagi. Alhamdulillah sampai BKjam 6.05am. Pukul 6.10am, K Rohimah sudahpun buka kunci BK. Edaran lancar. Sarapan di ASBA(depan SMKPI) dengan K Norlia. `Melawat Pusat ' dan rehat sekejap sebelum kembali bertugas di BK jam 3.00 pm nanti. Hari ni agak penat dan sakit urat saraf sebab terpaksa mengeluarkan bungkusan soalan dari 14 kotak dan meletakkan kembali ke rak mengikut pusat. KP banyak kerja perkeranian, manakala PK pula lebih kepada kerja-kerja berat. Walaupun berat kena angkat dan tarik  kotak, tapi rasa seronok sebab puas dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

11 Oktober 2012
Edarkan bahan sulit kepada KP..agak penat sebab kuantiti yang agak banyak. Sarapan bersama geng PK di warung depan ESSO.. makan nasi lomak untuk gantikan lelemak yang dah hilang ( betul ke? ). Balik ke BK untuk urusan mengepos bahan sulit. Jam 12.00 tengahari semua selesai. Singgah rumah untuk rehat sebelum melawat pusat BTHO, sambil menghantar dokumen tuntutan. Jam 5.00 petang, selesai urusan terima bahan sulit dan susun bahan sulit ke LPM. Cikgu Sale dapat idea baru untuk mempecepatkan proses penyusanan bahan sulit ke LPM dan terbukti memang cepat.5.30 petang bertolak balik ke rumah.

12 Oktober 2012
Hari ini tiada kertas untuk PMR. Tapi kena pergi juga ke BK untuk urusan pos laju bahan sulit. Sampai di BK sekitar 8.45 pagi, kak Rohimah baru nak buka BK, PK yang lain belum dapat bayangnya lagi. Selesai urusan pukul 12.30 tengahari, terus balik rumah.

15 Oktober 2012
 Setelah 3 hari berehat, hari ni bermulalah kertas berikutnya untuk  minggu yang kedua..Rizal dah kembali bertugas. Edaran bahan sulit seperti biasa. Selepas semua telah diedarkan, mulalah pula menyusun bahan sulit untuk keesokan harinya. Pukul 8.15am, tengok ada miss call dari Nazim..perkara yang ditakuti sepanjang minggu lepas berlaku hari ini. Telefon Rizal untuk sahkan. Minta mereka berdua bertenang dan jalankan peperiksaan seperti biasa. Di BK, mula susun strategi. Sebaik sahaja selesai solat zohor dan berdoa semoga semuanya dipermudahkan, terus bergegas untuk jumpa Nazim dan menghantar bahan sulit tersebut kepada Rizal. Dari situ bergegas pula ke tempat Nazim untuk menghantar bahan sulit yang sepatutnya. Pengalaman baru sebagai PK untuk tahun ini. Pengajaran kepada KP, semak dahulu sebelum masuk karung.

Dan pada tahun ini, buat pertama kali sepanjang berkhidmat sebagai guru, aku telah menjadi Pengacara Majlis di hadapan 100++ orang guru Daerah Hulu Langat...( sebelum ni tak pernah jadi MC hatta di peringkat sekolah sekalipun ..hihihi)...Rasa gementar hanya Allah Yang Maha Mengetahui..