Thursday, 5 January 2012

Pertama kali

Hari ni percubaan pertama untuk buat blog sendiri...betul ke tidak caranya, saya `belasah' ( perkataan yang sinonim dengan salah seorang rakan sekerja,CY) saja..nak tengok nanti apa hasilnya..Hari ini mendengar rintihan seorang kawan yang berjaya dalam permohonan pindahnya...walaupun telah mendapat sekolah  yang dihajati, iaitu sekolah yang berhampiran dengan tempat kediamannya, tetapi gagal mengajar mata pelajaran opsyennya.Seorang guru Prinsip Perakaunan yang cukup berpengalaman telah diminta untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris tingkatan satu, dua, tiga dan empat.Memang tak semua yang kita hajati kita akan dapat, tetapi pelik macam mana pentadbiran sekolah tersebut boleh membuat kejutan seperti itu yang tak sepatutnya berlaku di mana-mana sekolah bandar yang cukup guru.Tiada langsung rasa simpati terhadap beban tugas seorang guru..

Labels: