Assalamu'alaikum wbt...setelah sekian lama tidak menjenguk blog, hari ni dengan izin Allah cuba untuk menulis lagi apa yang terbuku di hati..Adik ipar yang mengidap NPC telah kembali ke Rahmatullah tanggal 3 April 2012 yang lalu( sehari selepas harijadi suami yang ke 43)..Melihat kepada cara pemergiannya yang cukup tenang, dan pengurusan jenazah yang sangat lancar, InsyaAllah , dia pergi sebagai seorang mukmin yang diampunkan dosanya oleh Allah swt...walaupun sedih melepaskannya pergi, tapi kami semua redha kerana tidak sanggup lagi melihat keadaan dirinya yang boleh diibaratkan umpama tengkorak hidup...tapi puas rasa di hati kerana dapat membantu isteri arwah di saat-saat terakhir pemergian suaminya...sesungguhnya tiada yang kekal di dunia ini...
Hari ni pelbagai perkara bermain di minda..biznez yang belum lagi dapat dijalankan, Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti yang masih lagi di awang-awangan, program mengurangkan saiz badan dan 2-3 perkara lagi yang sukar untuk diterjemahkan melalui tulisan..
Perancangan untuk membuka biznez kecil-kecilan bermula bulan Mac yang lepas bila melihat notis separuh kedai untuk disewa di Suakasih, Bandar Tun Hussein Onn. Tatkala itu, terfikir untuk buat biznez yang memberikan kemudahan fotokopi, binding, laminating,menjual top-up, pusat akses internet, servis komputer dan membekalkan aksesori asas komputer. Namun bantuan dari adik yang sangat berminat dalam menguruskan perniagaan amat diperlukan. Tapi harapan musnah bila mana kedai tersebut telah ada penyewanya..huhuhu. Tak apa, mungkin bukan rezeki kami lagi. Lagipun untuk membolehkan adik menguruskan perniagaan kami ini sepenuh masa, rumah beliau di Raja Dewa , Kelantan mesti terjual terlebih dahulu bagi membolehkan semua hutang rumah, kereta dan beberapa hutang peribadinya yang lain dilangsaikan kerana kita tak pasti tempoh masa perniagaan ini akan `establish'.
Sebelum cuti baru ni, PK Pengurusan Akademik dengan persetujuan dari Pengetua telah melantik diri ini sebagai Pengurus Kualiti sekolah seperti yang diarahkan oleh PPDHL. Terima kasih atas kepercayaan yang diberi..harap-harap prosedur kualiti yang bakal dilaksanakan nanti mendapat kerjasama sepenuhnya dari semua warga sekolah.
26 Mei 2012, terkejut sakan bila timbang berat..mak aiii 77.4 kg..dah berbalik ke asal selepas tahun lps turun sebanyak 7 kg..sangat menggerunkan. Masa tu kami bercuti di Grand Lexis, PD. Dalam bilik ada disediakan digital scale..aduh, aduh panik sekejap. Balik dari bercuti terus simpan azam kena jalan pantas sekurang-kurangnya 30 minit sehari dan makan ikut keperluan kalori sahaja, tak boleh lebih dari 1500 kalori setiap hari, air mesti minum sekurang-kurangnya 4l. Alhamdulillah, hari ni genap dua minggu menunaikan azam tapi masih tak berani nak timbang ( tak mahu kecewa dan putus harap ) sebaliknya telah berjanji pada diri sendiri, akan hanya timbang apabila sudah ada orang yang tegur `nampak kurus sikit'... harap-harap tak lamalah menunggu teguran tersebut...Melihat beberapa rakan yang telah berjaya mengecilkan saiz badan, membuatkan semangat semakin berkobar-kobar untuk mengikut jejak langkah mereka..semoga dipermudahkan oleh Allah swt.
Rasanya cukup dulu untuk kali ini..dah ramai yang tanya nama blog tapi segan nak bagitahu kerana blog ini banyak kelemahan dan belum dimake-up lagi....
Labels: Suakasih
