HIDUP ADALAH SATU PERKONGSIAN...
Sunday, 2 February 2014
UMRAH 2013
Akhirnya pada 24hb Mac 2013, hasrat aku dan keluarga untuk mengerjakan umrah diperkenankan oleh Allah swt. Di sini aku coretkan secara ringkas pengalaman kami sebelum , semasa dan selepas mengerjakan umrah dengan harapan akan membuka hati mereka yang menjejakkan kaki ke sana.
27 Disember 2012 - Telefon Rayhar untuk `check' kekosongan tarikh umrah cuti sekolah. tapi `fully-booked'. Second choice cuba call Gemilang Travel ( pernah dengar Kak Aya cerita pasal Gemilang). Alhamdulillah rezeki dengan Gemilang dapat tarikh yang dikehendaki. Pada masa ini, RM belum cukup hanya ada RM10 000.00. Hanya menunggu bonus suami sahaja. Dalam hati setiap masa, hanya doa kepada Allah yang mampu dipanjatkan agar bonus suami tahun ini cukup untuk menampung kos tiket sebanyak RM30 000.00.
30 Disember 2012 - `Bank in' RM2500.00 ke akaun Gemilang Travel and Tours (GETT) setelah aku dan suami nekad tawakkal kepada rezeki Allah..harapan kami supaya niat suci kami ini dilihat dan dipermudahkan melalui limpahan rezeki yang cukup menampung keperluan kami terutama kos tiket. Kos perbelanjaan langsung tidak terfikir oleh kami buat masa ini.
31 Disember 2012 - Email slip bayaran RM2500.00 kepada GETT.
1 Februari 2013 - Mengambil peluang cuti Hari Wilayah, selepas jam 10.00 pagi mohon kebenaran keluar dari Pengetua ( Pn. Kholimaton) untuk keluar atas urusan memperbaharui paspot di Imigresen Jalan Reko.
Secara keseluruhannya, dari awal urusan umrah sehinggalah selesai mengerjakan ibadah umrah, Alhamdulillah dipermudahkan oleh Allah swt...tiada satupun yang kami rasa susah sebelum, semasa dan selepas menunaikan umrah...syukur kehadrat Allah kerana telah menjemput kami sebagai tetamuNya..malah bukan sekadar tetamu biasa, tetapi kami dapat merasakan seolah-olah kami telah dijemput sebagai tetamu VVIPNya..Subhanallah...
Labels: Tetamu Allah
Grand Lexis Port Dickson
Bersempena dengan cuti Tahun Baru Cina dan kebetulan pula putera sulungku (Hifni ) balik bercuti, maka percutian keluarga diatur...kali ini tidak jauh cuma 45 minit perjalanan dari kediaman kami di BTHO..Grand Lexis menjadi tempat percutian kami sekeluarga untuk kali ini.
Tempahan secara on line untuk `Executive Pool Villa' ( RM800++) untuk satu malam dbuat . 12.00 tengahari (30 Januari 2014), kami bertolak dari BTHO dan sekitar pukul 1.00 petang kami selamat sampai di Port Dickson. Hasrat untuk terus check-in ditangguhkan kerana melayan kehendak putera keduaku (Iqbal ) agar kami makan tengahari terlebih dulu. Asam pedas menjadi menu tengahari kami.
Tepat pukul 2.00 petang, kami check-in di Grand Lexis. Kami dibawa ke villa dengan menggunakan `buggy'. Dalam pukul 5.30 petang, kami ke Fort Supai yang terletak di Kuala Linggi untuk makan malam. Dari Grand Lexis ke Fort Supai, hanya mengambil masa selama 40 minit sahaja. Selepas solat Maghrib, kami bertolak balik ke villa.
Esoknya ( 31 Januari 2014 ) sekitar jam 12.30 tengahari, kami `check-out'. Kami terus menjemput mak dari rumah Abang Arip sebelum balik ke rumah.
Labels: Fort Supai, Grand Lexis









